Betulkan yang salah, biasakan yang betul


1. Mari kita belajar bersama-sama.

a. Kata bilanganke= 2X  tidak perlu penjodoh bilangan
  1. Kedua-dua anaknya (√   )
  2. Kedua anaknya ( X   )
  3. Anaknya yang kedua (√   )
  4. Ketiga-tiga ekor kucing itu ( X   )
  5. Ketiga-tiga kucing itu  (√    )

b. ramai (meriah/seronok) 
    banyak (bilangan/bukan suasana)
  1. Ramai pelanggan di pasar raya itu. (  √  )
  2. Banyak  pelanggan di pasar raya itu. ( X   )
  3. Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( √    )
  4. Orang ramai menonton  konsert nasyid itu. ( √    )
  5. Ustaz Aqil Hayy mempunyai banyak peminat ( √ )

c. MeN-…-kan (tidak perlu tentang)  
       ber (mesti ada tentang)
1. Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya.(X) 
2. Cikgu Norida menceritakan  pengalamannya. ( √   )
3. Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( √   )
4. Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. (  √ )
5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( X   )

Cukuplah untuk kali ini.


2. Kita sambung pelajaran kita pada kali ini dengan membincangkan dua lagi aspek tatabahasa iaitu,
kita akan membincangkan kata 'tentang'

MeN-…-kan (tidak perlu tentang)
ber (mesti ada tentang)
1Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya.(X) 
2. Cikgu Norida menceritakan  pengalamannya. ( √   )
3. Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( √   )
4. Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. (  √ )
5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( X   )

Akhir sekali kita akan membincangkan penggunaan kata 'lain'

lain di akhir frasa,1x

  1. masalah-masalah lain ( √   )
  2. lain-lain masalah ( x  )
  3. perkara-perkara lain ( √   )
  4. lain-lain perkara (  x  )
  5. hal-hal lain ( )

Cukuplah untuk kali ini, kita jumpa lagi.

Selamat berjumpa kembali. Bagaimanakah dengan cuti sekolah? Tentu seronokkan? Walau bagaimanapun pelajaran jangan lupa, nanti berkarat pula. oleh itu sebagai latihan cikgu minta murid-murid menjawab latihan berikut sebagai mengisi masa cuti sekolah. Selamat menjawab.


Isikan tempat kosong dengan pendahulu kata kerja “dapat” atau “boleh”.

1.                  Hajar ___________ menjawab satu soalan sahaja.
2.                  Para pelajar ____________ mula menjawab soalan.
3.                  Kakak _____________ pergi ke sekolah dengan bas.
4.                  Sedikit pelajar _____________ memperoleh markah tinggi.
5.                  Semua orang _____________ menceburi bidang sukan.
6.                  Kebanyakan pelajar ______________ memiliki kamus dwibahasa.
7.                  Salah seorang pelajar miskin _______________ mendapat bantuan kewangan.
8.                  Setelah mendapat kebenaran, kami ________________ menonton.
9.                  David________________ melompat ketinggian itu setelah menjalani latihan intensif.
10.              Tidak semua ibu bapa ________________ membiayai pengajian anak mereka di universiti tanpa bantuan biasiswa.

3 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu, terima kasih kerana cikgu telah bnyak memberi penerangan tentang Tatabahasa. Penerangan yang cikgu terangkan diatas telah banyak membantu saya semasa menjawab soalan peperiksaan. Terima Kasih Cikgu, saya harap banyak lagi contoh contoh yang cikgu akan buat. Sekian, Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. Sama-sama. Teruskan belajar dengan lebih tekun agar kebolehan awak berbahasa dapat dipertingkatkan lagi.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cikgu kerana memberi semangat kepada saya :)

    ReplyDelete