Latihan membina soalan
1
|
Tidak, saya
tidak pernah ke Pulau Tioman.
| |||
A
|
Bilakah kamu ke
Pulau Tioman ?
|
B
|
Adakah kamu pernah ke Pulau Tioman?
|
|
C
|
Siapakah yang
tidak pernah ke Pulau Tioman?
|
D
|
Dengan siapakah kamu
pergi ke Pulau Tioman?
|
2
|
Mereka akan
bergotong royong pada pagi Sabtu ini.
|
|||
A
|
Bagaimanakah
mereka bergotong royong?
|
B
|
Adakah mereka
bergotong royong?
|
|
C
|
Siapakah yang
bergotong royong?
|
D
|
Bilakah gotong
royong itu akan diadakan?
|
3
|
Budak itu
menangis kerana wang belanjanya dicuri orang.
|
|||
A
|
Benarkah wang
budak itu dicuri orang?
|
B
|
Siapakah yang
menangis semalam?
|
|
C
|
Mengapakah budak
itu menangis?
|
D
|
Bagaimanakah
mereka menangis?
|
4
|
Sukan tahunan
sekolah saya diadakah secara besar-besaran.
|
|||
A
|
Adakah sukan
tahunan sekolah anda akan diadakan secara besar-besaran?
|
B
|
Bagaimana
sambutan sukan tahunan disekolah anda?
|
|
C
|
Bilakah acara
sukan tahunan itu akan diadakan?
|
D
|
Sukan yang
diadakan itu mendapat sambutan?
|
5
|
Tulisan yang
cakar ayam itu menyebabkan kami tidak mahu membacanya.
|
|||
A
|
Bagaimanakah
bentuk tulisannya?
|
B
|
Siapakah yang
melukis cakar ayam?
|
|
C
|
Mengapakah kamu
tidak mahu membacanya?
|
D
|
Apakah cakar
ayam?
|
6
|
Selepas lampu
dihidupkan, kawasan itu menjadi terang benderang.
|
|||
A
|
Apakah yang
berlaku di kawasan itu?
|
B
|
Mengapakah
kawasan itu terang benderang?
|
|
C
|
Benarkah kawasan
itu terang benderang?
|
D
|
Apakah yang
berlaku selepas lampu dipasang di kawasan itu?
|
7
|
Kerana waktu
itulah yang paling sesuai untuk memancing ikan baung di sana.
|
|||
A
|
Mengapakah
memancing ikan baung sesuai dilakukan di
tempat berteluk?
|
B
|
Mengapakah dia
tergopoh- gapah pergi ke sungai yang berteluk itu sedangkan hari sudah senja?
|
|
C
|
Mengapakah
memancing ikan baung sesuai dilakukan pada waktu senja?
|
D
|
Apakah sebab
ikan baung tidak sesuai dipancing pada waktu senja?
|
8
|
Peralatan
elektrik di rumahnya rosak kerana terkena banjir.
|
|||
A
|
Mengapakah
banjir melanda rumahnya?
|
B
|
Ke manakah
hilangnya peralatan elektrik di
rumahnya?
|
|
C
|
Mengapakah
peralatan elektrik di rumahnya rosak?
|
D
|
Mengapakah
banjir merosakkan peralatan elektrik di rumahnya?
|
9
|
Dalam
banyak-banyak makanan, saya tidak suka yang pedas-pedas.
|
|||
A
|
Dalam
banyak-banyak makanan , makanan apakah yang pedas?
|
B
|
Dalam
banyak-banyak makanan, makanan jenis apa yang anda tidak suka?
|
|
C
|
Makanan jenis
apakah yang anda suka?
|
D
|
Makanan jenis
apakah yang anda paling suka?
|
10
|
Masa yang
diambil untuk sampai di
|
|||
A
|
Berapa lamakah
masa yang diambil untuk sampai di
|
B
|
Bagaimanakah
kita hendak ke
|
|
C
|
Bilakah kita
akan sampai di
|
D
|
Mengapakah kita
perlu mengambil masa selama dua jam?
|
11
|
Fazira mencatat
perkara-perkara penting daripada ceramah itu
|
|||
A
|
Apakah yang
dilakukan oleh Fazira semasa mendengar ceramah itu?
|
B
|
Bilakah fazira
mencatat perkara penting semasa ceramah itu?
|
|
C
|
Siapakah yang
berceramah?
|
D
|
Mengapakah
Fazira mencatat perkara-perkara penting?
|
12
|
Sesetengah orang
berpendapat bahawa otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat.
|
|||
A
|
Apakah pendapat
anda tentang orang yang sihat?
|
B
|
Bagaimanakah
pendapat orang ramai tentang otak yang cerdas?
|
|
C
|
Sejauh manakah
otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat?
|
D
|
Pada pandangan
anda, apakah yang menyebabkan otak kita cerdas?
|
13
|
Orang yang
mengalami tekanan perasaan mungkin disebabkan tekanan hidup.
|
|||
A
|
Siapakah yang
sering mengalami tekanan perasaan?
|
B
|
Adakah orang
yang mengalami tekanan perasaan akibat tekanan hidup?
|
|
C
|
Bagaimanakah
keadaan seseorang yang mengalami tekanan perasaan?
|
D
|
Apakah punca
seseorang mengalami tekanan perasaan?
|
14
|
Pada tahun ini
sahaja beliau berjaya menghasilkan dua buah novel yang berjudul ‘sangka’ dan “prasangka’.
|
|||
A
|
Pada tahun ini
berapakah novel yang telah dihasilkan olehnya?
|
B
|
Apakah
judul-judul novel yang telah dihasilkan olehnya pada tahun ini?
|
|
C
|
Adakah
judul-judul novel yang telah dihasilkan olehnya pada tahun ini berjumlah dua buah?
|
D
|
Bilakah beliau
berjaya menyiapkan novel yang berjudul “sangka’ dan “prasangka’?
|
15
|
Pada tahun 1979
, A.Samad Said menerima gelaran
‘Pejuang Sastera’.
|
|||
A
|
Apakah anugerah
yang diperoleh oleh A.Samad Said pada tahun 1979?
|
B
|
Mengapakah A.
Samad Said dianugerahi gelaran Pejuang Sastera?
|
|
C
|
Siapakah A Samad
Said?
|
D
|
Apakah tujuan
gelaran ‘Pejuang sastera’ diberikan kepada A. Samad Said?
|
16
|
Atifah gemar
membaca novel pada masa lapang.
|
|||
A
|
Mengapakah
Afifah gemar membaca novel?
|
B
|
Bagaimanalah
Afifah membaca novel?
|
|
C
|
Apakah hobi
Afifah pada masa lapang?
|
D
|
. Siapakah yang
membaca novel?
|
17
|
Kami sekeluarga
akan berpindah ke Johor pada minggu hadapan.
|
|||
A
|
Mengapakah kamu
sekeluarga hendak berpindah ke Johor?
|
B
|
Siapakah
yang akan berpindah ke Johor?
|
|
C
|
Bilakah kamu
sekeluarga akan berpindah ke Johor?
|
D
|
Kamu sekeluarga akan
berpindah ke Johor pada minggu hadapan?
|
18
|
Encik boleh
mendapatkan borang itu di Kaunter Khidmat Pelanggan.
|
|||
A
|
Bagaimanakah
cara untuk ke Kaunter Khidmat Pelanggan?
|
B
|
Mengapakah saya
perlu ke Kaunter Khidmat Pelanggan?
|
|
C
|
Di manakah saya
boleh mendapat borang itu?
|
D
|
Borang itu ada
di sinikah?
|
|
19
|
Adakah peraturan
sekolah ini akan kamu patuhi ?
|
|||
A
|
Benar, peraturan
sekolah mesti kita patuhi.
|
B
|
Ya, kami akan
mematuhi peraturan sekolah ini.
|
|
C
|
Ya, saya akan
mematuhi peraturan sekolah ini.
|
D
|
Tidak pasti sama
ada mereka akan mematuhinya atau tidak.
|
20
|
Saya menyiapkan
projek reka cipta itu selama tiga hari.
|
|||
A
|
Bilakah kamu
menyiapkan projek reka cipta itu?
|
B
|
Bagaimanakah
kamu menyiapkan projek reka cipta itu?
|
|
C
|
Benarkah kamu menyiapkan projek reka
cipta itu selama tiga hari?
|
D
|
Berapa lamakah masa yang kamu ambil
untuk menyiapkan projek reka cipta itu?
|
Latihan menulis ulasan tentang nilai dan pengajaran.
Tuliskan lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah
ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Kemarahan Kamal tidak dapat ditahan-tahan
lagi. Telah beberapa kali pula dia mencabar Razif. Namun begitu, Razif tetap
tenang. Dia masih cuba mententeramkan rakannya itu. Tanpa berfikir panjang,
Kamal bertindak kasar. Dia cuba menendang Razif sekuat hatinya. Malangnya,
tendangan itu tersasar lalu singgah ke dinding sekolah. Kamal menjerit
kesakitan lalu rebah di situ juga. Dia tidak dapat bertahan lagi.
Melihat
akan hal itu, Razif segera menolongnya. Dialah yang membalut kaki Kamal dengan
kain anduh dan turut menghantarnya ke hospital bersama-sama Cikgu Hashim, guru
bertugas pada hari itu.
Kamal
mendapatkan rawatan daripada doktor. Kaki Kamal telah terseliuh. Mujurlah Kamal
mendapat rawatan segera. Kalau tidak tentu kakinya lebih teruk lagi. Kamal
sungguh menyesal dan mengaku kesalahannya. Dia terlalu ikutkan perasaan. Kamal meminta maaf kepada Razif. Razif telah
memaafkannya. Cikgu Hashim menasihatkan Kamal agar tidak lagi bergaduh di
sekolah kerana sekolah adalah tempat untuk menimba ilmu, bukannya tempat untuk
mencari musuh. Semenjak hari itu, mereka telah menjadi sahabat baik.
PPD Kuala Pilah
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete